DM 33
Posted on: Tuesday, 27 December 2011 |


lama sudah tak menaip . bukan malas cuma tiada masa . maklumlah , cuti nie banyak kerja yang nak dibuat . bukan boleh hadap laptop 24 jam kan ? haa , siapa yang boleh tu memang pemalas lahh . tak mandi tak apa semua lahh :) haha . jangan marah . nak bergurau sikit lahh ! cuti sekolah hampir melabuhkan tirai . hahh ! masing-masing dok pikir mana nak sambut new year kann ? tak payah sambut lahh . duduk rumah lagi bagus . dapat jugak lalu tahun baru . bukan nya masuk dunia lain punn kan ?


*senyuman aku yang manis nie akan pudar bila kau tiada.percayalah !

okay . bulan januari makin menghampiri . saat itu aku berumur 17 tahun 10 bulan :) macam budak-budak . makin meningkat remaja and dewasa . aku akan tanamkan azam baru untuk tahun 2012 . menjadi yang terbaik adalah bagus kan ? tapi takde usaha macam mana nak baik ? hewhew ~ bulan januari juga banyak benda yang akan berlaku . jadual harian aku akan mula berubah :) tak lagi seperti dulu . boleh bangun suka hati mak apak aku kann ?

# bangun untuk mandi and siapkan sarapan :)
# kemas rumah sampai takde habuk sikit pun !
# tolong mama masak and do any works :)
# iron baju sekolah adik-adik and seluar abah *abah pakai T-shirt jea* hehe
# duduk dalam bilik sambil layan otak :/

rasanya begitu kut jadual aku . atau mungkin lebih PAX ! ouhh takk ! 4 januari adik-adik start sekolah . aku pulak start duduk rumah tanam buah anggur atas lantai :) *penganggur* . yelahh , plkn tak dapat . budak terlebih baik mana lahh terpilih masuh plkn . padahal teringin kut . cemana dorang pilih pun aku tak tahu .

ehh , lupa lahh nak cakap . kau akan pergi ? jauh di seberang laut sana . walaupun punya handphone . walaupun punya facebook . tapi boleh beza kau ada disini atau tak . macam mana dengan hari-hari aku ? hari-hari kau mungkin bahagia kan ? kau ditempat orang . membawa diri ~ sedang aku ? menanti dan terus menanti sehingga kau pulang ? Tuhan , dugaan apa ini ? aku cuba untuk tak text kau satu hari pun aku tak mampu sebab hati merindu . ini kan pulak berbulan ? kau memang siksa jiwa aku ! tahu ?
jangan pernah lupa aku sudah . memang aku kerat-kerat kepala lutut kau . ingat ?

aku sayang semua yang ada disekeliling . syukur punya keluarga yang prihatin . si adik yang dari haritu betulkan fixie sampai tiub tayar bocor . apa kau buat pun akak tak tahu ! si adik yang sorang lagi sibuk merengek kat abah and mama nak fixie . sikit punya duit ke nak guna ? aduhh . yang sorang lagi asyik bising nak minum susu . penat nak bancuh :) tu lahh kerja kakak ! kakak tu , kakak nie , kakkakakkk ! semua nak panggil sampai jadi pekak kan ? dah , assalamualaikum .

Tuan Tanah Kedaung
Hi and Assalamualaikum. Zalikha here. Si tembam malu 19. Haha, Can call me Ikha or Zack. Currently stay in Negeri Sembilan. Hobin Jang Hobin ^^

https://twitter.com/IkhaAdzhar
FB: Ikha Adzhar
Mukadimah ^^

Walau ketawa aku dilabel oleh mama sebagai sangat tak sopan . Cara jalan aku seperti lelaki badan berketak ketak atau lebih dalam bahasa sopannya sado , dan cara aku duduk tak seayu senah kat kampung , hati dan perasaan aku Alhamdulillah masih kekal ikut fitrah . Hi , aku gadis berumur 19 tahun. Maih menuntut di Politeknik Merlimau. Aku muslimah dan aku bukanlah penyangak. Insyaallah.

Credits
Templete and edit by : Nadirah Izzaty
Bullets from: Kari Pixel and Cici
Image hover by: Muazz Adli
Inspired by:
Header by: Luqman